Adinda Sultan Muhammad V Bakal Berkahwin. Adakah Ini Foto Bakal Isterinya? Memang Cantik Habis

KL- Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra bakal melangsungkan perkahwinan dengan Cik Puan Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar Kota Bharu, Kelantan pada 19 April ini.

Kad perkahwinan baginda telah tular sejak semalam dan perkhabaran ini mengembirakan seluruh rakyat Kelantan.

Dikhabarkan Cik Puan Sofie merupakan kenalan baginda ketika melanjutkan pelajaran di luar negara dahulu.

Gambar yang dikongsi dalam FB page Info Semasa Harian

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra diputerakan pada 20 Jun 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Baginda kini menyandang jawatan Tengku Mahkota Kelantan.

Biodata

Baginda telah diputerakan di Istana Kota Lama, Kota Bharu, Kelantan pada 20 Jun 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ialah putera Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid.

Baginda ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan Ismail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan Ismail Petra.

Pendidikan

Baginda memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1), Kota Bharu, Kelantan. Kemudian, baginda berangkat ke London untuk menyambung pelajaran peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya.

Selepas berjaya mendapat 10 GCSE’S dan 3 A-Level, baginda menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Baginda telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, Baginda sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.

Sebagai seorang yang cintakan ilmu pengetahuan, peluang yang diberi untuk mendalami ilmu tidak disia-siakan baginda. Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, baginda terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Baginda telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, baginda telah berjaya pula memperoleh ijazah lanjutan MPHIL.

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, baginda menyambung pelajaran peringkat kedoktoran falsafah pula dalam bidang yang sama. Masa lapang baginda diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, baginda sangat berminat dalam permainan bola sepak.

Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Sultan Muhammad V, Tengku Muhammad Fakhry

Kerjaya

Pada 30 Mac 1989, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-30 keputeraan al-Sultan Kelantan. Pada 18 Oktober 2010, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V.

Pada 8 Disember 2016, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan Sultan Muhammad V dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan yang ke-17 pada 5 Julai 2009. Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi tempoh lima tahun bermula 16 Februari 2017 setelah diperkenan oleh Sultan Muhammad V.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Arena Star Online

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @ArenaStarOnline

 

Sumber : kosmo, FB Page Info Semasa Harian & wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*